Wednesday, July 1, 2015

Tips Banyakkan Susu Badan I




TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.

Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih-lebih lagi di hari-hari pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula...
Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 5-7ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colostrum (yang anda selalu cakap tak cukup tu) biasanya terhasil hanya sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.
Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!


TIPS PENYUSUAN IBU #2: Banyakkan berdoa dan solat dhuha

Doalah sungguh2, "Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sibuk bekerja”.
Usahakan supaya solat dhuha jangan ditinggal. Ingat, rezeki Allah yang bagi :) 



TIPS PENYUSUAN IBU #3: Banyakkan pengambilan milk booster

Antara makanan yang boleh jadi pemangkin/booster kpd penghasilan susu adalah soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba.




TIPS PENYUSUAN IBU #4: Minum air yang mencukupi

Kalau nak penghasilan susu 1 liter, takkanlah kita hanya minum 1 liter juga? Mana cukup, minum air banyak-banyak, atleast 2-3liter sehari! :)
Maafkan saya, jika ada yang masih mengamalkan amalan berpantang dengan mengehadkan air yang perlu diminum, saya kurang bersetuju kerana ia akan menyebabkan susu anda kurang, bila susu kurang anak anda berisiko untuk mendapat jaundice (kuning) terutama di minggu pertama selepas kelahiran.
Jika boleh, amalkanlah juga makanan seimbang dalam pantang agar nutrien yang cukup dapat membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman :)



...bersambung, teruskan membaca ;) 

No comments:

Post a Comment