Wednesday, August 5, 2015

BUASIR KETIKA MENGANDUNG!


BUASIR 

Buasir berlaku apabila salur darah pada rectum (bahagian akhir usus) membengkak. Ianya boleh berada di dalam rectum atau boleh keluar dari lubang dubur. Kebiasaanya buasir tidak menyebabkan kesakitan tapi memberikan ketidakselesaan atau rasa gatal, terutamanya apabila ianya terkeluar dari anus/dubur. Bila salur darah ini terhakis/pecah, pendarahan boleh berlaku.

Ketika mengandung, bayi yang sedang membesar di dalam rahim meningkatkan tekanan abdomen (intra-abdominal pressure) yang seterusnya menyebabkan salur darah membengkak, termasuk di bahagian kaki (varicose vein) dan rectum (meningkatkan risiko buasir). Masalah sembelit yang juga biasa berlaku ketika mengandung boleh menyebabkan buasir bertambah teruk!

Bagi yang mengalami buasir ketika mengandung, besar kemungkinan ia akan berlanjutan sepanjang kehamilan, bahkan boleh bertambah teruk ketika proses bersalin.

Tapi berita baik! Kebanyakan buasir yang bersaiz kecil dan tiada komplikasi biasanya boleh kecut dan hilang semula dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas bersalin :) 
Yang harus kita elakkan adalah daripada buasir bertambah teruk/besar, dan cuba cegah komplikasi seperti pendarahan, ulcer, jangkitan kuman dll.



TIPS MENCEGAH BUASIR:

1. Elakkan sembelit - minum air yang  mencukupi, banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
2. Elakkan meneran ketika membuang air
3. Elakkan mengangkat benda berat (heavy lifting) dan dapatkan rawatan jika mengalami batuk berterusan
4. Buat Kegel's Exercise sekerap mungkin untuk menguatkan otot pelvis
5. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama - jika terpaksa, bangun dan duduk semula beberapa kali atau berjalan sedikit untuk melancarkan peredaran darah


BUASIR - RAWATAN SEKIRANYA MENGALAMI BUASIR:

1. Letakkan ICE PACK / SUGAR PACK untuk 10-15minit beberapa kali sehari
2. Ambil ubat MELEMBUTKAN NAJIS jika perlu, dan selagi boleh ELAKKAN ubat LAXATIVE
3. SITZ BATH – cara yang sama seperti yang diterangkan dalam penjagaan luka episiotomy
4. Sebahagian KRIM SAPU adalah selamat untuk digunakan sekiranya mengalami simptom gatal/pedih/tidak selesa pada buasir (dapatkan nasihat doktor jika simptom berlarutan)


BAGAIMANA SUPPLEMEN BOLEH MEMBANTU?

Jika di klinik, biasanya doktor akan berikan ubat suppository dan pelembut najis seperti syrup lactulose. Selain dari ubat-ubat ini, saya suka mencadangkan beberapa supplemen untuk para ibu yang mempunyai masalah buasir, agar ia tidak bertambah teruk.


1. OSTEMATRIK: tablet kalsium yang dirumus khas dengan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kalsium optimum. Selain penting untuk mencukupkan keperluan kalsium ibu mengandung & menyusu, rumusan ostematrik juga mengandungi magnesium yang membaiki pergerakan usus dan membantu penyerapan air ke dalam kolon seterusnya melembutkan dan melawaskan pembuangan najis – boleh dapat kalsium mencukupi dan atasi sembelit pada masa yang sama!





2. OMEGAGUARD: mempunyai sifat anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan/inflamasi pada buasir. Selain itu untuk ibu mengandung/menyusu, DHA & EPA dalam omegaguard akan disalurkan kepada baby untuk perkembangan otak yang sihat

3. ZINC COMPLEX & VITAMIN C – membantu meningkatkan system imun dan sangat penting untuk mempercepat penyembuhan luka

Lactulose mungkin hanya membantu melegakan symptom sembelit tapi supplemen di atas bukan sahaja memberi manfaat 2, 3 bahkan 4,5 dalam 1. Ibarat sambil menyelam, minum air ;) 


BUASIR - BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

1. Berlaku pendarahan
2. Terdapat ulcer / sangat menyakitkan (dikhuatiri thrombosed haemorrhoids - darah membeku pada buasir menyebabkan salur darah tersumbat dan semakin membengkak)
3. Jika ada tanda-tanda jangkitan kuman - seperti mengeluarkan cecair yang berbau busuk/nanah
Jika terdapat tanda-tanda di atas dinasihatkan mendapat rawatan doktor.






Saturday, August 1, 2015

Rimasnya PMS (Premenstrual syndrome)!


Simptom sebelum haid atau premenstrual sindrom berlaku pada 75% wanita. PMS berlaku disebabkan perubahan hormon sebelum kedatangan haid, melibatkan dua hormon utama iaitu estrogen dan progesteron. Ratio/nisbah hormon estrogen yang menigkat berbanding progesterone mendatangkan tanda-tanda PMS termasuklah:
  • Moodswing/gangguan mood
  • Cepat marah
  • Cepat sedih
  • Rasa “kembung” (akibat water retention)
  • Sakit payudara
  • Rasa nak makan macam-macam terutamanya benda-benda manis/masin
  • Sakit kepala
  • Gangguan tidur
  • Pertumbuhan jerawat yang 'meriah'

Dalam 20% wanita, simptom-simptom ini sangat ketara sehingga terpaksa mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang menjejaskan prestasi kerja, mengeruhkan hubungan dengan suami/rakan/keluarga dll, serta dicemuh masyarakat akibat perubahan sikap yang negatif ini.


5 tips mengurangkan symptom PMS:

#1: UBAH DIET/PEMAKANAN ANDA


  • Elakkan makanan yang terlalu manis/masin dan berkaffein – ini akan menyebabkan symptom “kembung/angin” bertambah teruk akibat water retention
  • Seimbangkan diet dengan melebihkan protein & makanan yang kaya dengan omega-3 seperti sardin, salmon, telur kaya omega-3, kacang walnuts untuk membantu meningkatkan keberkesanan proses detoksifikasi estrogen berlebihan oleh hati
  • Jangan skip waktu makan
  • Jangan makan 3 jam sebelum tidur
  • Lebihkan sayuran dan fiber untuk mengelakkan sembelit – sembelit akan menyebabkan lebihan estrogen (yang sepatutnya disingkirkan) diserap semula dan menyebabkan symptom PMS bertambah teruk
  • Usahakan makan makanan organik (terutamanya dari sumber haiwan seperti ayam) untuk mengurangkan estrogen dari sumber luar


#2: SENAMAN

Senaman secara sihat sangat membantu kestabilan hormone. 
Bersenamlah 20-30minit 4-5kali seminggu.


#3: KAWAL STRESS

Janganlah terlalu dilayankan perasaan marah/sedih. Cuba lawan dengan berfikiran rasional dan matang.

"Orang yang kuat itu bukanlah yang banyakberperang (selalu menumpaskan orang lain), tapi sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat MENGAWAL DIRINYA KETIKA MARAH" 
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Kawalan stress dengan cara yang berkesan boleh membantu mengurangkan simptom PMS. Bacalah Al-Quran, banyakkan berzikir dan solat sunat, selawat dan istighfar, serta lain-lain ibadah boleh mendekatkan diri dengan Allah.



Selain itu boleh juga mencuba urutan/body massage, teknik pernafasan dalam (deep breathing technique), mandi air panas/ambil wudhu’ dan solat, bertafakkur/bermeditasi dan lain-lain.


#4: TERAPI ALTERNATIF

Banyak terapi yang boleh dicuba untuk mengurangkan tanda-tanda PMS seperti kaedah homeopati dan berbekam.


#5: SUPPLEMEN

Sangat banyak kajian yang menyokong dan merekomen pengambilan supplemen terutama dalam menangani symptom PMS:

  • Magnesium citrate atau glycinate — 400 to 600mg sehari (mengurangkan water retention dan juga mengelakkan sembelit)
  • Calcium citrate — 600mg sehari (mengurangkan symptom kejang otot/muscle cramps)
    Ostematrik mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, boron dan mineral lain yang membantu penyerapan secara optimum

OSTEMATRIK - penyerapan yang terbukti secara klinikal
 
  • Vitamin B6 — 50-100mg bersama folic acid 800mcg dan vitamin B12 1,000mcg setiap hari (mengurangkan stress & mengurangkan symptom depression)
    B complex Shaklee lengkap dengan 8 rangkaian vitamin B dan dilengkapi dengan folic acid
  • Evening primrose oil — 500-1000mg 2x sehari (membantu regulasi hormon)

    GLA complex shaklee diekstrak dari minyak Borage Seed yang mengandungi 2 kali ganda Gamma Linolenic Acid berbanding minyak Evening Primrose biasa
  • EPA/DHA (asid lemak omega-3) — 1,000mg 1-2x sehari (meningkatkan keberkesanan hati/liver dalam melakukan proses detoksifikasi terutamanya dalam menyingkirkan estrogen berlebihan)
Omegaguard - antara sumber minyak ikan terunggul berkualiti tinggi
 
  • Multivitamin yang mengandungi vitamin & nutrient lengkap


VITA-LEA, antara multivitamin terbaik dunia yang telah dipasarkan 100 tahun lamanya!
  • Probiotic – 5-10bilion organisma hidup setiap hari (menggantikan bakteria baik dalam usus juga membantu metabolisma hormon estrogen)


PM/whatsapp 011-3205 7105 jika berminat :)