BUASIR
Buasir berlaku apabila salur darah pada rectum (bahagian akhir usus) membengkak. Ianya boleh berada di dalam rectum atau boleh keluar dari lubang dubur. Kebiasaanya buasir tidak menyebabkan kesakitan tapi memberikan ketidakselesaan atau rasa gatal, terutamanya apabila ianya terkeluar dari anus/dubur. Bila salur darah ini terhakis/pecah, pendarahan boleh berlaku.
Ketika mengandung, bayi yang sedang membesar di dalam rahim meningkatkan tekanan abdomen (intra-abdominal pressure) yang seterusnya menyebabkan salur darah membengkak, termasuk di bahagian kaki (varicose vein) dan rectum (meningkatkan risiko buasir). Masalah sembelit yang juga biasa berlaku ketika mengandung boleh menyebabkan buasir bertambah teruk!
Bagi yang mengalami buasir ketika mengandung, besar kemungkinan ia akan berlanjutan
sepanjang kehamilan, bahkan boleh bertambah teruk ketika proses bersalin.
Tapi berita baik! Kebanyakan buasir yang bersaiz kecil dan tiada komplikasi biasanya boleh kecut
dan hilang semula dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas bersalin :)
Yang harus kita elakkan adalah daripada
buasir bertambah teruk/besar, dan cuba cegah komplikasi seperti pendarahan,
ulcer, jangkitan kuman dll.
TIPS MENCEGAH BUASIR:
1. Elakkan sembelit - minum air yang mencukupi, banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
2. Elakkan meneran ketika membuang air
3. Elakkan mengangkat benda berat (heavy lifting) dan dapatkan rawatan jika mengalami batuk berterusan
4. Buat Kegel's Exercise sekerap mungkin untuk menguatkan otot pelvis
5. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama - jika terpaksa, bangun dan duduk semula beberapa kali atau berjalan sedikit untuk melancarkan peredaran darah
BUASIR - RAWATAN SEKIRANYA MENGALAMI BUASIR:
1. Letakkan ICE PACK / SUGAR PACK untuk 10-15minit beberapa kali sehari
2. Ambil ubat MELEMBUTKAN NAJIS jika perlu, dan selagi boleh ELAKKAN ubat LAXATIVE
3. SITZ BATH – cara yang sama seperti yang diterangkan dalam penjagaan luka episiotomy
4. Sebahagian KRIM SAPU adalah selamat untuk digunakan sekiranya mengalami simptom gatal/pedih/tidak selesa pada buasir (dapatkan nasihat doktor jika simptom berlarutan)
BAGAIMANA SUPPLEMEN BOLEH MEMBANTU?
Jika di klinik, biasanya
doktor akan berikan ubat suppository dan pelembut najis seperti syrup
lactulose. Selain dari ubat-ubat ini, saya suka mencadangkan beberapa supplemen
untuk para ibu yang mempunyai masalah buasir, agar ia tidak bertambah teruk.
1. OSTEMATRIK: tablet
kalsium yang dirumus khas dengan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan
kalsium optimum. Selain penting untuk mencukupkan keperluan kalsium ibu
mengandung & menyusu, rumusan ostematrik juga mengandungi magnesium yang
membaiki pergerakan usus dan membantu penyerapan air ke dalam kolon seterusnya
melembutkan dan melawaskan pembuangan najis – boleh dapat kalsium mencukupi dan
atasi sembelit pada masa yang sama!
2. OMEGAGUARD: mempunyai
sifat anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan/inflamasi pada buasir.
Selain itu untuk ibu mengandung/menyusu, DHA & EPA dalam omegaguard akan
disalurkan kepada baby untuk perkembangan otak yang sihat
3. ZINC COMPLEX &
VITAMIN C – membantu meningkatkan system imun dan sangat penting untuk
mempercepat penyembuhan luka
Lactulose mungkin hanya
membantu melegakan symptom sembelit tapi supplemen di atas bukan sahaja memberi
manfaat 2, 3 bahkan 4,5 dalam 1. Ibarat sambil menyelam, minum air ;)
BUASIR - BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
1. Berlaku pendarahan
2. Terdapat ulcer / sangat menyakitkan (dikhuatiri thrombosed haemorrhoids - darah membeku pada buasir menyebabkan salur darah tersumbat dan semakin membengkak)
3. Jika ada tanda-tanda jangkitan kuman - seperti mengeluarkan cecair yang berbau busuk/nanah
2. Terdapat ulcer / sangat menyakitkan (dikhuatiri thrombosed haemorrhoids - darah membeku pada buasir menyebabkan salur darah tersumbat dan semakin membengkak)
3. Jika ada tanda-tanda jangkitan kuman - seperti mengeluarkan cecair yang berbau busuk/nanah
Jika terdapat tanda-tanda di atas
dinasihatkan mendapat rawatan doktor.





No comments:
Post a Comment