Tuesday, February 2, 2016

TIPS ATASI ALAHAN LOYA & MUNTAH KETIKA HAMIL - PERANAN SUAMI



5 PERANAN SUAMI MEMBERI SOKONGAN KEPADA ISTERI YANG ALAHAN KETIKA HAMIL



Pengalaman saya sendiri, kandungan pertama saya alahan teruk dari celik mata sampai pejam mata, sehingga turun 4kg pada trimester pertama. Kandungan kedua very mild, hampir tak mabuk langsung. Kandungan ketiga moderate dan hanya mabuk di waktu malam sahaja.


Pada saya, sokongan suami sangat penting bagi isteri melalui saat-saat genting ketika mengandung dan melahirkan, apatah lagi yang melaluinya untuk kali pertama. Apa yang suami boleh lakukan?
  1. Bagi kata-kata SEMANGAT dengan penuh empati, bukan bebelan yang melunturkan semangat
  2. URUTAN kasih sayang walaupun tampak simple tapi sangat membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa loya
  3. TEMANKAN isteri ke antenatal checkup semampu mungkin
  4. Beli/buatkan AIR/MAKANAN yang boleh membantu mengurangkan loya. Seperti kurma, asam, peppermint-ginger plus, air halia dan lain-lain.
  5. SABAR, SABAR DAN SABAR. Isteri sedang mengandungkan zuriat anda. Sepanjang trimester pertama ketika dia mabuk anda mungkin akan mendapati isteri anda lebih lembik, lemah, tak mampu bersiap/berhias untuk anda, tak mampu melayan/bersama dengan anda pada malam hari bila-bila anda mahukan, tak mampu mengurus anak-anak lain/rumahtangga sebaik sebelumnya, tak boleh ‘bau’ dapur apatah lagi masak untuk anda… Ada juga yang gosok gigi sehari sekali je (kerana akan muntah), bahkan ada yang tak boleh menghidu bau badan anda pun! Jadi, bertabahlah dan sedialah untuk berkorban sebagai seorang lelaki bernama bapa dan suami J




Para isteri juga boleh cuba menguatkan semangat, menyibukkan diri dengan tugas harian sehingga rasa loya dan muntah tidak berupaya mengganggu tanggungjawab anda, serta berusaha menjaga kesihatan diri dan kandungan sebaik mungkin. Sebagai ikhtiar, boleh juga cuba tips-tips mengurangkan alahan ketika mengandung.


No comments:

Post a Comment