Tuesday, February 2, 2016

TIPS ATASI ALAHAN LOYA & MUNTAH KETIKA HAMIL - ISTERI VS SUAMI

ISTERI vs SUAMI


Ingin saya berkongsi sedikit kisah di klinik ibu dan anak, sebuah perbualan yang berlaku di depan saya semasa sesi konsultasi.
Si isteri sedang mengandung 9 minggu dan mengalami alahan yang teruk. Beliau baru sahaja keluar dari wad kerana hyperemesis gravidarum (loya muntah yang teruk semasa hamil sehingga ibu mengalami dehidrasi dan kurang berat badan).

Isteri: Berapa lama lagi saya akan muntah-muntah macam ni Dr?

Dr: Biasanya selepas 12-14 minggu, inshaAllah loya & muntah ni akan beransur hilang

Isteri: 12 minggu? Lama lagi tu Dr! (sambil memandang ke arah suaminya)

Dr: sabar ya puan, in sha Allah besar pahala ibu mengandung ni. Suami pun kena support isteri. Cuba tolong apa yang mampu untuk kurangkan ketidakselesaan isteri.


Namun apa yang dijawab suaminya benar-benar mengejutkan saya!



Suami: Saya bukan apa Dr, isteri saya ni manja sangat. Tak boleh nak lawan rasa loya tu.

Isteri: Dia ni kuat ngepek (berleter/membebel) ko saya Dr. Tak tahan dah! (isterinya berasal dari Kelantan. Sedikit terusik emosinya mungkin, keluar sudah loghat Kelantannya)

Dr: Encik, loya muntah ni memang kadangkala kita tak boleh control. Dari celik mata sampai pejam mata memang rasa loya kadang langsung tak hilang. Bukan isteri encik sengaja nak muntah-muntah dan jadi lembik.

Suami: Yelah saya tahu, tapi dia tu sendiri tak kuat. Saya tengok ramai je orang lain mengandung takde pun teruk sampai macam ni.

Isterinya kelihatan sugul di sebelah. Jarum hasil infusion 2 botol air drip yang saya masukkan masih ada di tangan. Ketone di dalam kencingnya masih 3+, menandakan beliau masih kekurangan air dalam badan.

Dr: Encik, setiap wanita mengandung tak sama. Ada yang langsung tak mabuk atau alahan. Ada yang alahan teruk sampai kena masuk wad berkali-kali. Bahkan ibu yang sama pun, kandungan pertama, kedua dan seterusnya pun tak semestinya pengalamannya sama. Encik boleh cuba fahami dan bantu isteri apa yang mampu. Urutkan belakang ke, sediakan makanan ke, pastikan dia minum ke…etc


Suami hanya diam.


No comments:

Post a Comment