Mitos breastfeeding #1: Susu belah kanan adalah nasi, susu belah kiri adalah air
Biasa dengar kan? ;)
Subhanallah, Allah ciptakan breastmilk di kedua-dua belah breast diawali dengan foremilk (susu yg lebih cair ibarat air untuk bayi untuk menghilangkan dahaga bayi di awal penyusuan) dan later akan terhasil pula hindmilk (susu yg lebih pekat ibarat makanan kpd bayi untuk mengenyangkan bayi di akhir penyusuan).
Tiada beza komposisi susu antara kedua belah breasts, dua-dua mempunyai "air" dan "nasi" :)
Mitos breastfeeding #2: Susu belah kanan lebih sedap berbanding susu belah kiri
Seperti point #1, tiada bukti menunjukkan susu dari breast
sebelah kanan lebih sedap, cuba anda perah susu dari sebelah kiri dan berikan
pada bayi, pasti dia minum sepertimana dia minum perahan breastmilk drpd
sebelah kanan kan?
Jika
kebetulan anak anda kurang gemar hisap dari sebelah kiri, ada kemungkinan ia
disebabkan pori yang lebih kecil & flow yg lebih perlahan berbanding flow
breast di sebelah kanan :)
Mitos breastfeeding #3: Bagi bayi hisap kedua-dua belah breasts setiap kali menyusu, jika tidak breast akan besar sebelah!
Apabila anda menyusukan bayi daripada sebelah breast, automatic
breast yang sebelah lagi akan turut mengalirkan susu. Ini disebabkan hormon
oxytocin yang terhasil daripada rangsangan sucking baby. Hormon ini akan
menghantar signal kepada kedua-dua belah breasts untuk merembeskan susu.
Saya lihat segelintir ibu ketika menyusukan bayi daripada
sebelah breast, contohnya dari sebelah kanan,
apabila susu mula menitik dari breast kiri, mereka cepat-cepat bertukar ke
breast yg satu lagi sedangkan bayi baru mula hisap yg sebelah kanan dan masih
belum puas.
INI ADALAH CARA YANG SALAH!
Dengan berbuat demikian,
bayi anda hanya akan dapat foremilk sahaja daripada kedua-dua belah breasts -
ini ibarat dia hanya minum air sahaja, jadi baby kembung dengan air dan akan
cepat lapar semula.
Cara yang lebih tepat
adalah bagi sebelah breast sampai terasa kosong dan lembut. Dengan cara ini
barulah bayi akan mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk yang ia perlukan
pada setiap sesi penyusuan (air + "makanan"). Jika bayi anda masih
belum puas barulah berikan yang sebelah lagi.
Bila anak menyusu dari
sebelah breast, saya sarankan anda buat tandem pumping - pamkan susu serentak
dari yang sebelah lagi kerana waktu inilah flow susu sangat laju (kerana
rangsangan oxytocin dari sucking bayi). Jadi, tidaklah bengkak/besar sebelah! :)
Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau bayi anda selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, berikan sahaja kedua-dua belah.
Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau bayi anda selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, berikan sahaja kedua-dua belah.
...bersambung... teruskan membaca :)



No comments:
Post a Comment