Mitos breastfeeding #4: Anak saya selalu lapar sebab bila saya suakan breast dia mesti sentiasa tercari-cari
Selalu tak orang kata bayi anda lapar lagi/tak puas menyusu?
Buktinya, bila suakan breasts atau test menggunakan tangan pun mesti dia tercari-cari
lagi! Ada seorang pesakit saya, ibunya sampai berikan anaknya nestum sedangkan bayinya baru berusia 1 bulan!!! Kata ibunya "anak hang lapaq pulak, bagi susu
tak puas". Kadangkala ada yang sampai "bertegang urat" dengan ibu/mertua, dan ini juga menjadi antara faktor utama yang menyebabkan para ibu akhirnya "top up" dengan susu formula, kerana percaya anak masih belum puas menyusu. Betul tak?
Tahukah anda, semua bayi mempunyai beberapa reflex yang Allah
ilhamkan. Salah satunya adalah "rooting reflex" atau refleks mencari.
Ini adalah satu fenomena di mana ketika pipi bayi diusap atau disentuh di
bahagian pinggir mulutnya. Sebagai respons, bayi akan automatic memalingkan
kepalanya ke arah benda yang menyentuhnya, dalam usaha menemukan sesuatu yang
dapat dihisap.
Rooting reflex akan diikuti dengan sucking reflex (refleks menghisap) jika disuapkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini adalah refleks fisiologi normal bagi bayi dan tidak semestinya bermakna dia kelaparan. Dan refleks ini akan hilang perlahan-lahan bila bayi anda berusia 4-6bulan.
Kadangkala anda sangka bayi
anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan
susu dia masih menangis dan tak mahu hisap sgt pun. Kalau anda rasa anda dah
berikan secukupnya, cuba burpkan/sendawakan dia.
Kadangkala anda sangka bayi
anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan
susu tak sampai seminit dia dah terlena. Bermakna dia sebenarnya menangis sebab
mengantuk.
...bersambung.. teruskan membaca :)


No comments:
Post a Comment