Showing posts with label kesuburan/fertility. Show all posts
Showing posts with label kesuburan/fertility. Show all posts

Saturday, July 18, 2015

Tips Cepat Hamil IV - PERSEDIAAN SUAMI


Ramai isteri yang pm saya untuk tips kehamilan dan bersungguh-sungguh berikhtiar dengan pelbagai cara. Dari mengurut, sampailah supplemen. Semua dicubanya. 
Namun bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi...
Bagi saya, kedua-dua pasangan harus berusaha, baik suami mahupun isteri.
Kedua-duanya harus mainkan peranan, sama-sama perbaiki kesihatan untuk tingkatkan kesuburan dan peluang kehamilan. Kerana persenyawaan yang berjaya bukan hanya bergantung pada benih sang isteri, tapi sangat perlukan air mani/sperma yang berkualti dari si suami.



TIPS KESUBURAN #8: SUPPLEMEN UNTUK LELAKI – VITAMIN C

Selain immune booster yang berkesan untuk kesihatan menyeluruh bagi lelaki mahupun wanita, vitamin C atau ascorbic acid adalah komponen penting dalam air mani lelaki. Kekurangan ascorbic acid yang serius menjejaskan fungsi sperma dalam air mani lelaki, dan keadaan ini biasa terjadi pada PEROKOK TEGAR. Kajian menunjukkan supplemen ascorbic acid kepada para perokok dapat meningkatkan kualiti air mani dan sekaligus membantu kesuburan perokok ini.


Selain itu, vitamin C adalah anti-oksida yang mengelakkan kecacatan sperma dan melonjakkan pergerakan sperma atau “sperm motility” seterusnya meninggikan peluang untuk persenyawaan yang berkesan.

BUKTI KAJIAN

Dalam sebuah kajian skala kecil, 30 orang lelaki yang sihat fizikal tetapi tidak subur/infertile telah diuji.
- Sebahagian mereka diberikan supplmen 200mg vitamin C sehari
- Sebahagian lagi diberikan 1000mg vitamin C sehari
- Bakinya hanya diberikan placebo (‘ubat’ yang tidak mengandungi apa-apa).
Selepas hanya 1 minggu:
- Kumpulan yang menerima 1000mg vitamin C telah didapati mempunyai 140% penambahan dalam bilangan sperma
- Kumpulan yang diberi 200mg vitamin C pula mengalami penambahan sebanyak 112% dalam bilangan sperma
- Kumpulan yang menerima placebo tidak mempunyai apa-apa perubahan
Selepas 60 hari:
- 100% lelaki yang menerima supplemen vitamin C telah berjaya menghamilkan pasangan masing-masing
- TIADA kehamilan dilaporkan dalam kumpulan lelaki yang hanya menerima placebo.

*Walau bagaimanapun, dalam kajian kecil ini tidak diperincikan sama ada pesertanya adalah perokok/dipengaruhi faktor-faktor lain.



Pastikan anda dapatkan sekurang-kurangnya 500-1000mg vitamin C sehari, lebih-lebih lagi jika anda perokok tegar kerana racun dalam rokok akan menyapu habis semua anti-oksida dalam badan anda!
250ml PURE JUS OREN mengandungi kira-kira 124mg vitamin C – mungkin berharga rm3 setiap hidangan. Jika nak kumpul sekurang-kurangnya 500mg, perlu ambil 1 litre jus oren pure – dah RM12!
Jika tak mampu mendapatkan JUS OREN ASLI dalam kuantiti yang banyak setiap hari, ambillah supplemen. Satu tablet vitamin C ini mengandungi 500mg vitamin C dengan harga BEBERAPA SEN sahaja! Sumber asli, tanpa pengawet/pewarna/perisa tambahan.
Yang mana satu pilihan anda?
Jika berminat, jangan bertangguh, hubungi saya 011-3205 7105 hari ini! wink emoticon
Sumber: PubMed, MedScape, LiveStrong, BabyCenter



TIPS KESUBURAN #8: SUPPLEMEN UNTUK LELAKI – VITAMIN E

Mengapa Vitamin E penting dalam kesuburan lelaki?
Seperti vitamin C, Vitamin E juga adalah salah satu molekul antioksida yang penting untuk tubuh. Berbeza dengan Vitamin C, vitamin E larut lemak dan oleh itu banyak dijumpai dalam membrane sel. Kehadiran vitamin E mengelakkan kerosakan sel membrane akibat radikal bebas serta mengurangkan insiden sperma “lembab” atau sperm immotility.



BUKTI KAJIAN

Sebuah kajian klinikal menguji kesan supplemen selenium dan vitamin E terhadap kualiti air mani (sperma).
Kajian ini telah dijalankan dari Mac 2007 hingga Feb 2010, melibatkan 855 orang lelaki berumur 20-45 tahun yang telah didapati mempunyai masalah ketidaksuburan. Peserta kajian diberikan dos harian 400IU vitamin E dan 200mcg selenium setiap hari selama minimum 100hari.
Keputusan kajian telah menunjukkan 52.6% lelaki mengalami pertambahan kualiti sperma dari segi morphology, motility atau kedua-duanya sekali.

Moslemi M. K. and Tavanbakhsh S. (2001). Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. Int J Gen Med. 2011; 4: 99–104. Published online 2011 Jan 23. doi: 10.2147/IJGM.S16275
Sumber: PubMed, ConceiveEasy, Life Extension Magazine
*Setiap kapsul vitamin E shaklee mengandungi 400IU vitamin E dan 65mcg selenium


Para pasangan di luar sana,
Yang sangat inginkan cahayamata,
Jangan berputus asa sebelum habis segala daya,
Jangan mengaku kalah sebelum kerah segenap usaha!
:)


Friday, July 17, 2015

Tips Cepat Hamil III - PERSEDIAAN ISTERI


Supplemen juga adalah salah satu ikhtiar untuk memperbaiki mutu kesihatan dan meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan. 

TIPS KESUBURAN #7: SUPPLEMEN UNTUK WANITA – ALFALFA & VITALEA

Sebelum mengandung, selain persiapan mental dan emosi, adalah sangat penting untuk ibu atau bakal ibu menpersiapkan fizikal tubuh untuk menghadapi proses kehamilan. 

Fokus utama fasa pre-conception adalah untuk:

1. Memastikan badan cukup zat & nutrient penting
2. Proses detoksifikasi yang penting terutama untuk memastikan keseimbangan hormon & kesihatan menyeluruh
3. Memperkuat otot uterus/rahim
4. Memastikan komponen darah terutama hemoglobin mencukupi
5. Persediaan badan untuk menghadapi ‘stress’ response terhadap proses kehamilan

ALFALFA (Medicago sativa) adalah salah satu supplemen yang penting untuk persiapan di atas. Ia kaya dengan pelbagai nutrient dan zat termasuk vitamin B, C, D, E dan K yang membantu proses detoksifikasi dan meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.


VITALEA pula adalah gabungan multivitamin yang diperlukan tubuh badan untuk kesihatan menyeluruh, mengandungi zat besi yang boleh membantu menambah kandungan hemoglobin dalam darah terutama bagi yang mempunyai masalah iron-deficiency anaemia.

Kebanyakan literature mencadangkan pengambilan supplemen sekurang-kurangnya 3-6bulan sebelum kehamilan. Berbeza dengan vitalea, alfalfa merupakan herba yang tidak boleh diambil semasa mengandung. 

*Kedua-dua alfalfa dan vitalea juga bagus diamalkan oleh lelaki untuk kesihatan dan kesuburan.


TIPS KESUBURAN #7: SUPPLEMEN UNTUK WANITA – GLA COMPLEX


Bagaimana GLA complex boleh membantu kesuburan wanita?
1. Gamma linolenic acid atau GLA mengandungi asid lemak omega-6 (salah satu essential fatty acids) yang membantu regulasi hormone dalam badan
2. GLA meningkatkan kualiti cecair serviks yang membantu sperma ‘berenang’ ke arah rahim untuk proses persenyawaan
3. Sebuah kajian immunology di Belanda pada tahun 2003 menunjukkan GLA mampu mengurangkan immune mediators yang menyebabkan keradangan/inflamasi dalam badan. Bagi wanita yang kerap mengalami keguguran atau yang pernah gagal dalam cubaan kehamilan melalui teknik bayi tabung uji (IVF), kehadiran immune mediators yang berlebihan ini boleh menjadi salah satu sebab yang menggagalkan proses penempelan. GLA berfungsi mengurangkan keaktifan mediators yang menyebabkan keradangan, malah GLA sendiri boleh ditukarkan kepada anti-inflammatory yang sangat powerful sekaligus menjadikan rahim lebih ‘baby-friendly’, terutama untuk proses penempelan

Immunology. 2003 Nov;110(3):348-57. Dihomo-gamma-linolenic acid inhibits tumour necrosis factor-alpha production by human leucocytes independently of cyclooxygenase activity. Dooper MM, van Riel B, Graus YM, M'Rabet L.





Boleh pm/whatsapp 011-3205 7105 jika berminat :)
Percuma konsultasi dan tips kehamilan special 


...bersambung.. teruskan membaca ;) 

Thursday, July 16, 2015

Tips Cepat Hamil II - WAKTU SUBUR


TIPS KESUBURAN #6: WAKTU SUBUR


Bersama pada waktu subur boleh meningkatkan peluang kehamilan. Waktu subur adalah hari-hari di dalam kitaran menstruasi di mana seorang wanita boleh hamil jika telur/ovumnya disenyawakan. Menurut banyak kajian klinikal, kebarangkalian untuk hamil adalah paling tinggi jika hubungan kelamin dilakukan 2-3 hari sebelum dan pada hari ovulasi berlaku.


Malangnya, tiada siapa boleh menentukan dengan tepat bila proses ovulasi sedang berlaku dalam tubuh seorang wanita. Bagi yang mempunyai kitaran haid teratur, banyak cara kiraan dan ovulation calendar tool yang terdapat di internet, tetapi ada beberapa tanda ketika proses ovulasi yang menandakan waktu subur seperti;

1. Cecair serviks akan menjadi cair seperti putih telur yang belum dimasak dan jumlahnya juga semakin banyak – wanita akan rasa ‘basah’ sepanjang hari. Lendir serviks yang cair ini boleh bertindak sebagai ‘pelincir’ yang memudahkan proses hubungan kelamin, dan juga merupakan sebahagian dari perubahan fizikal yang akan memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum bagi membantu persenyawaan

2. Peningkatan libido – kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi semasa ovulasi

3. Senak di sebelah bahagian perut (biasanya sebelah kiri/kanan) – kira-kira 20% wanita mengalami rasa senak/sakit di bahagian perut ketika proses ovulasi, ia dinamakan ‘mittelschmerz’ (painful ovulation)

4. Suhu badan – suhu badan meningkat sedikit ketika proses ovulasi dan akan terus meningkat sehingga haid seterusnya (kaedah ini memerlukan thermometer dan anda harus mengukur suhu badan setiap hari – tetapi ia dipengaruhi factor cuaca sekeliling, dan kurang reliable)


...bersambung.. teruskan membaca ;)

Wednesday, July 15, 2015

Tips Cepat Hamil I - DOA & USAHA


Tiada pasangan yang sudah bernikah yang tidak inginkan cahayamata.
Pastinya semua pasangan dambakan kehadiran penyeri rumahtangga.
Namun sepertimana jodoh, rezeki anak juga rahsia Allah Yang Maha Kuasa.
Tugas kita hanyalah doa, ikhtiar dan usaha sehabis daya.
Selebihnya tawakkal dan serahkan padaNya.


TIPS KESUBURAN #1: DOA

Ramai orang silap faham bahawa doa dan tawakkal hanya perlu dilakukan di akhir usaha. Sedangkan doa perlulah berterusan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas berikhtiar.

Dengan doa, 
Nabi Zakaria mendapat zuriat yang diberi nama Yahya,
Biarpun ketika itu baginda sudah tua renta,
Meski isterinya juga sudah lanjut usia dan mandul pula.

Yakinlah Allah Maha Dekat dan Maha Memperkenankan Doa,
dan tiada yang mustahil sekiranya Allah mengkehendakinya wink emoticon

Berdoalah!
Berdoalah dengan yakin dan penuh harap :)


TIPS KESUBURAN #2: ILMU

Ketahui dan fahami bagaimana proses kehamilan berlaku.

Jika haid anda teratur, pada setiap pertengahan kitaran menstruasi anda, ‘kilang telur’ atau ovari akan ‘menetas’ mengeluarkan telur yg dipanggil ovum.

Sekiranya anda bersama dengan suami pada waktu ini, dan suami juga melakukan ejakulasi ke dalam faraj, sperma dari air mani lelaki akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan ovum; biasanya proses persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopio, iaitu tiub yang menyambungkan ovari dengan rahim/uterus. Telur yang telah disenyawakan kemudian akan menempel di dinding rahim dan berlakulah proses kehamilan seterusnya.

Subhanallah, sebuah animasi proses persenyawaan yang begitu detail dan rapi, bukti kebesaran Ilahi!


TIPS KESUBURAN #3: BERAT BADAN IDEAL

Berat badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus boleh mengganggu keseimbangan hormon reproduktif dan seterusnya menyebabkan kitaran haid yang kurang teratur. Dapatkan berat badan yang ideal untuk meningkatkan peluang kehamilan.
Tahukah anda, banyak pasangan berjaya mendapat zuriat hanya dengan menurunkan berat badan ke BMI ideal!


Oh ya, berat ideal bukan hanya penting untuk wanita sahaja ya, lelaki juga perlu berat badan yang optimum untuk penghasilan sel reproduktif & sperma yang sihat! wink emoticon
Jika perlukan bantuan untuk mendapatkan berat badan ideal, boleh cuba supplemen untuk membantu :)
PM/Whatsapp 011-3205 7105 untuk dapatkan konsultasi percuma & buku panduan diet Dr Hana :)


TIPS KESUBURAN #4: GAYA HIDUP SIHAT

1. Jaga solat (ya, ini juga salah satu gaya hidup sihat yang penting untuk kesejahteraan rohani. Nasihat untuk diri saya sebelum anda semua)
2. Pemakanan sihat & seimbang
3. Senaman sekurang-kurangnya 3x seminggu, 30 minit setiap sesi
4. Tinggalkan rokok dan jauhi asap rokok (perokok sekunder juga berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit!)
5. Elak stress/tekanan


TIPS KESUBURAN #5: PEMERIKSAAN DOKTOR

Ada beberapa pesakit saya yang baru hamil kali pertama selepas 7-8 tahun pernikahan. 
Bila booking (buka buku merah mengandung), didapati mereka ada kencing manis sejak sebelum mengandung, walaupun baru berumur 20-an dan tiada keturunan kencing manis. Paras gula yang tidak terkawal adalah salah satu sebab ketidaksuburan. 

Jika anda sudah mencuba pelbagai cara selama sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih, tetapi masih belum direzekikan dengan zuriat, saya cadangkan kedua-dua suami isteri agar berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.


...bersambung... teruskan membaca :)