12 JULAI 2016
11.30am – checkup 40weeks (due date). Scan semua nampak OK. Berat baby dianggarkan 2.5kg+, air ketuban pun cukup.
Dr pakar buat S&S sebelum pulang.
Dr pakar buat S&S sebelum pulang.
9.30pm – last shopping barang keperluan baby :)
(dengan harapan nak induce bukaan jalan)
13 JULAI 2016
2.00am – selesai tidurkan anak-anak. So baru boleh lena. Sempat baca tiga perempat Surah Maryam, hajatnya nak sambung esok pagi.
4.07am – dikejutkan dengan sakit contraction – masih boleh tahan (hanya ~10saat sahaja setiap kali contraction), dan masih boleh tidur-tidur ayam di antara contraction.
Setiap 10 minit, contraction akan datang. Makin lama, makin panjang tempoh contraction dan makin sakit.
Pukul 5.00am++, dah tak boleh tidur semula. Saya cuma berdoa semoga saya mampu bertahan sampai selesai solat Subuh.
5.27am – mesej kat group family mengharapkan doa dari mak abah. Kejut suami supaya bersedia. Suami siap mandi, saya pula take turn.
5.40am – masuk tandas, persiapkan diri. Ambil wudhu' sambil menahan sakit contraction. Show pun semakin banyak. Keluar tandas, tengok suami dah tidur semula. Aduii sabar jelah. Dalam hati, kita ni nak bertarung nyawa boleh pulak dia tidur balik. Tapi kesian sangat sebab sepanjang cuti suami yang banyak mengasuh anak-anak sampai tidur pun 2-3 jam je setiap hari :(
5.55am – Solat Subuh berjemaah, di antara contraction.
6.15am – bertolak ke hospital. Contraction mula terasa setiap 5 minit
6.40am – terus masuk labour room. Nurse suruh ke tandas dulu. Lepas tu cek jalan, dah buka 4cm, station low. Sempat habiskan Surah Maryam sebelum sakit bertambah kuat. Saya minta ubat tahan sakit (mengharap jalan lagi cepat progress), tapi nurse suruh tunggu doktor pakar datang.
So amalkan breathing technique sementara tunggu doktor.
Bila haus minum sedikit air untuk menghilangkan dahaga dan mengelakkan dehidrasi
7.30am – Doktor pakar datang cek, ARM done (pecah air ketuban). Bukaan serviks progress 6cm. So dah tak digalakkan ambil painkiller. Redha.
8.00am – jalan buka 10cm.
8.13am – lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.25kg :)
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah!






















